Selasa, 17 Mac 2015

Ayah ku, Penulisan dan Dunia Misteri









Ustaz Adi Wijaya merakam foto di pintu masuk makam Bung Karno (Mantan Presiden Indonesia) di Blitar, Jawa Timur.


Sehingga kini aku merasa pelik, mengapa ayah meminati  bidang penulisan dan kewartawanan  yang bergelumang dengan dunia ghaib dan alam misteri. Mungkinkah darah kebatinan dan perubatan traditional moyangku  Hj Sawijan bin Omar yang mendalami bidang ini di Kg Parit Jamil, Muar menurun pada ayah ? Moyangku berasal dari Karanganyar, Jawa Tengah, Indonesia dan datang keTanah Melayu pada tahun1923 melalui  Singapura.







Menziarahi makam Bung Karno di Blitar. Mungkinkah cita-cita ayah ku hendak menjadi manusia sehebat mantan presiden Indonesia tercapai?
Foto di hadapan makam Sunan Gersik, Surabaya. 


Mengira butiran tasbih dalam zikir di Masjid Ampel, Surabaya. Ayah dapat menyelesaikan misi ziarah ke 9 makam wali di Indonesia (wali songo) pada tahun 2013. 


Bila ku tanyakan, Ayah menjawab tidak pernah bercita-cita untuk menjadi bomoh atau dukun. Pelik!! bila aku meningkat remaja, aku lihat hampir setiap hari ada sahaja orang datang ke rumah meminta khidmat nasihat dalam bab perubatan traditional, yang jauh pula menggunakan khidmat pesanana ringkas ( sms ). Pernah aku terbaca telefon bimbit ayah dan melihat beberapa sms pesakitnya barulah aku tahu mereka bukan setakat bertanyakan bab rawatan dan ubat malah  bertanya  maksud mimpi  juga... 

Foto-foto yang dirakam dari pengalaman seorang pesakit :
berubat pada malam jumaat keliwon









Foto berlatar-belakangkan makam warga keturunan batak di Sidebudebu, Sumatera Utara. Perkuburan bagi saya lokasi menyeramkan tetapi tidak bagi ayah...


Majoriti rakan  yang pernah saya temubual melebelkan Ayah sebagai seorang pendiam tetapi bukanlah tidak berbual langsung.... Ayah hanya bercakap pada butiran yang perlu dan mustahak sahaja. Lebih-lebih lagi jika sesaorang yang tidak kenal rapat atau mesra dengannya, Ayah lebih banyak mendengar dari bercakap  melainkan bila diminta pendapat. Walaupun pendiam Ayah merupakan "pendengar yang baik". Dia mendengar dan banyak berfikir mendalam setiap apa yang didengar tetapi tidak mudah percaya 100% dengan perkara tersebut. Bagi sesetengah orang sikap ini baik tetapi dalam bab  'benda halus dan misteri' tentu sahaja perkara ini sangat merbahaya. 


Contohnya, selepas tragedi Tsunami 2004, akhbar menceritakan  ramai orang terdengar-dengar jeritan mangsa tsunami memanggil-manggil meminta tolong saban malam. Secara diam-diam, ditemani oleh seorang penduduk tempatan Ayah pergi ke lokasi berkenaan. Bukan setakat melihat kesan tragedi kedahsyatan tsunami malah mengkaji kesahihan cerita 'misteri' jeritan selepas tsunami dengan duduk seorang diri di lokasi ngeri tersebut sepanjang malam....
Klips video Ayah menjejak misteri Aceh :    https://youtu.be/Fd_yy6HpdP4



Perasaan ingin tahu tersebut membawa Ayah menjejak lokasi misteri dari hujung Jambatan Suaramadu, Jawa Timur, Pulau Jawa  hingga hujung pulau ( Ulea-Lhea, Aceh ) Pulau Sumatera.
Video Ayah mengajak rakan-rakan menjejak misteri :    gunongan dan kandang Putri Phang

Menaiki bas dari Utara - Selatan Pulau Sumatera dan Pulau Jawa tidak asing bagi Ayah.



Antara rakaman foto pemandangan Bandaraya Jakarta yang dipetik dari kamera  perjalanan Ayah merentasi  Pelabuhan Merak  ke Surabaya.









Istana Maimun, warisan kesultanan Melayu Deli yang terletak di  Kota Medan, Sumatera Utara.




Pernah suatu ketika kami melawat sebuah istana lama di kota Medan, Sumatera. Ayah mendengar dengan teliti penerangan yang diberi oleh pemandu pelancong berkenaan. Kami empat beradik (ketika itu saya berusia 7 tahun) meninjau keserata arah kerana merasa boring duduk setempat. Tentu sahaja perkara itu merisaukan Ummi yang mahukan kami berada setempat kerana bimbang dengan keselamatan kami. Ayah tidak berkata apa dengan sikap kami dan Ummi. Selepas melawat istana lama yang bergelar muzium tersebut kami berjalan-jalan keliling kota dan pulang tanpa ada sebarang masaalah.  Hanya pada pagi esok Ayah hilang sehari-suntuk. Tentu sahaja perkara itu merisaukan kami dan Ummi kerana Ayah cuma mamberitahu hendak keluar melihat-lihat keliling kampong. Bila pulang sebelah malam pun Ayah tidak cakap banyak bila disoal siasat. Ayah cuma senyum dan berkata "besoklah kalau gambar siap kita cerita...". Bila foto siap dicuci barulah kami semua tahu bahawa Ayah pergi semula ke Istana Maimun yang merupakan warisan peninggalan kesultanan Deli tersebut. Bukan setakat mendapat informasi malah Ayah dapat kebenaran masuk ke kamar-kamar rahsia dalam istana tersebut. Beberapa bulan kemudian catatan Ayah berhubung istana tersebut disiarkan oleh sebuah majalah Malaysia : Intisari.


Antara  ruang dalam Istana Maimun, Kota Medan, Sumatera Utara.

Ayah tidak banyak bercerita soal pengajian dan perguruan ilmu kerohanian yang dilaluinya. Sebenarnya saya teringin untuk menulis dengan terperinci sejarah dan liku perjalanan ayah dalam menguasai ilmu kebatinan berdasarkan pengalamannya tetapi 'sungguh payah' untuk buat Ayah membuka mulut. "Tak usahlah!..."paling-paling itulah jawapan Ayah. Namun ( menurut kata Ummi), pesan dari guru Ayah agar tidak mendedahkan secara terperinci ilmu kerohanian dan kebatinan untuk tatapan umum  kerana ditakuti menimbulkan perasaan ujub dan riya'.  Dalam soal tersebut Ummi lebih banyak mengetahui selok belok perjalanan Ayah menuntut ilmu kerana bertindak sebagai pembantu ketika Ayah menjalani peroses menuntut ilmu, termasuklah peroses tirakat dan puasa mutih  sepertimana yang diarahkan oleh sang guru.

Antara senarai guru yang dapat saya catat berdasarkan cerita dari Arwah Yaii, Nyaii, ibu dan Ummi, antara guru-guru Ayah  adalah;


Dato' Kiyai Shamsuddin bin Haji Redzuan, di Kampung Parit Medan, Kundang Ulu, Muar.

Kiyai Haji Suhaili bin Solihen, Kampong Seri Merlong, Rengit, Batu Pahat.

Ustaz Haji Abdul Hamid bin Yassin, Kg Seri Merlong

Ustaz Haji Muhamad Amin, Pekan Tampok, Benut, Pontian Johor

Ustaz Haji Apandi bin Haji Tahir, Parit Sapran, Pontian

Cikgu Haron - Pekan Semerah, Muar

Kiyai Haji Khidir Buana Sukabumi, Pulau Jawa

Ustaz Ari Priya, Bekasi, Jawa Barat.

Ustaz KH Ali, Pantai Selok, Wilayah Adipala, Cilacap yang juga dikenali dengan gelaran Embah Ali. Embah Ali merupakan guru Syariat dan kebatinan pada Alahyarham dua mantan presiden Indonesia, Sukarno dan Suharto. Ketika Ayah berguru dengannya,  Embah  Ali sudah berusia 101 tahun.



Segala usaha  sedang di lakukan bagi menyiapkan halaman ini secepat mungkin. Pihak pengarang dan srmua staff sokongan memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul  dari kelewatan penerbitan laman web ini.
Sekiranya perlu membuat rujukan sementara waktu ini, Tuan / Puan dinasihatkan melawat laman sesawang di bawah :

lokasi kediaman Adi Wijaya

sekolah tempat ustaz Adi Wijaya bertugas

lokasi perniagaan Tn hj Adi Wijaya



2 ulasan:

  1. Selepas mencari info dari pejabat pendidikan Islam pontian akhirnya saya dapat maklumat yang ustaz Adi Wijaya kini sudah berpindah tugas ke daerah batu pahat. Perpindahan ini adalah disebabkan beliau telah menikah lagi satu (2) dengan orang Semerah, Batu Pahat. Beliau masih menjalankan rawatan tradisional dan nombor hp beliau kini : 017-7704074

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah, setelah mendapat informasi dari keluarga di kampongnya, keluarga kami dapat juga bertemu Ustaz AdiWijaya untuk tujuan perubatan Alternatif. Rupanya beliau kini sudah berhijrah ke Johor Baharu. NO hp beliau terkini +6 011-23595648

    BalasPadam