"umpama peraduan teka kacang" begitulah perumpamaan cinta, perkahwinan dan isteri bagi Ayahku. Kalaulah cikgu bertanya siapa yang tidak mengetahui berapa kekasih, perkahwinan dan jumlah sebenar isteri Ayah pastinya aku orang pertama yag angkat tangan. Mungkin kecenderungan Ayah terhadap dunia misteri mempengaruhi sikapnya dalam mewarnai percintaan dalam kehidupannya....
Dari maklumat rakan sebaya, aku dapat maklumat sahabat Ayah memang ramai. Bukan sahaja sahabat di kampong halaman tetapi penglibatan sebagai Ahli Kelab Sains Utusan Pelajar semenjak 1980 menjadikan Ayah sebagai 'top ten' dalam persahabatan pena sekitar tahun 80an. Zaman itu masih zaman posmen, surat menyurat perhubungan utama, tanpa ada e-mail, sms dan telefon bimbit. Persahabata pena Ayah sering mendapat peringatan dan amaran dari datok dan nenek ku. "Surat ayah engkau satu kotak besar tu penuh..."Kata arwah nenek bila menjawab soalan ku berkenaan sahabat Ayah. Tetapi arwah nenek juga tidak dapat menjawab soalan 'siapa rakan istimewa ayah dari beribu kalaupun tidak beratus pucuk surat tersebut.
Begitu juga dengan perkahwinan Ayah. Selain dari ibu dan Ummi aku tidak berani berkongsi maklumat disini kerana tiada dokumentasi dan jawapan 'ya' dari mulut Ayah sendiri. Sekiranya ada kekasih lama Ayah membaca halaman ini serta sudi berkongsi coretan, amatlah dialu-alukan. Maklumat samar cinta monyet Ayah mungkin dapat dibuktikan dari pengakuan tersebut. Beberapa kali aku tanyakan Ayah berkisar soal tersebut tetapi respond Ayah hanya tersenyum sahaja....
Gambar ini adalah hiasan semata-mata
Pernah beberapa kali aku menerima beberapa kiriman pakaian dari seorang wanita yang mengaku dia isteri Ayah lantas ku tayakan pada Ayah. Seperti biasanya Ayah tertawa sambil menjawab "kalau orang dah bagi, ambil lah!". Siapa dia? Ayah tidak pernah menjawab. Sikap berahsia Ayah ini ada kalanya mengundang padah bila musuh-musuh Ayah turut mengambil kesempatan melancarkan fitnah terhadapnya!...



Selepas mencari info dari pejabat pendidikan Islam pontian akhirnya saya dapat maklumat yang ustaz Adi Wijaya kini sudah berpindah tugas ke daerah batu pahat. Perpindahan ini adalah disebabkan beliau telah menikah lagi satu (2) dengan orang Semerah, Batu Pahat. Beliau masih menjalankan rawatan tradisional dan nombor hp beliau kini : 017-7704074
BalasPadam